Tampa Bay Rays
Tampa Bay Rays

Tampa Bay Rays

Tampa Bay Rays merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpangkalan di Tampa Bay. Pasukan ini bersaing di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) East. Sejak penubuhannya, stadium pasukan ini masih kekal di Tropicana Field yang terletak di St. Petersburg, Florida.Selepas hampir tidak dekad tidak berjaya untuk memperoleh status sebagai pasukan tambahan untuk mendapatkan pasukan dari kawasan lain untuk berpindah ke Tampa Bay, satu kumpulan pemilikan oleh Vince Naimoli telah diluluskan pada 9 Mac 1995. Pasukan ini mula beraksi sebagai Tampa Bay Devil Rays pada tahun 1998.Dekad sulung pasukan ini begitu menghambarkan apabila menduduki tempat terakhir di AL East pada tiap-tiap musim sehingga tahun 2004 apabila ia menghuni tempat kedua terakhir.[4] Selepas musim 2007, Stuart Sternberg yang mendapatkan faedah pengawalan pasukan daripada Vince Naimoli pada dua tahun sebelumnya,[5] telah menukarkan nama pasukan "Devil Rays" kepada "Rays", yang memberi makna manta ray (sejenis ikan pari) dan ray of sunshine (sinaran matahari);[6] logo manta ray tampil di lengan seragam manakala logo matahari pula tampil di bahagian depan seragam. Pada musim 2008, Rays merekodkan kemenangan musim pertama, kejuaraan AL East pertama serta pennant American League sulung (menewaskan Boston Red Sox di ALCS) sebelum tewas kepada Philadelphia Phillies di Siri Dunia. Semenjak itu, Rays telah beraksi dalam tujuh aksi postseason, meraikan kemenangan pennant American League pada 2020 dan tewas kepada Los Angeles Dodgers dalam Siri Dunia.Tampa Bay Rays memiliki permusuhan dengan pasukan Boston Red Sox dan New York Yankees yang juga beraksi di AL East. Pertembungan dengan Red Sox dihimpit dengan pelbagai insiden di atas padang yang diingati.[7] Rays juga mengembangkan persaingan dengan pasukan dari National League (NL), Miami Marlins (dahulunya Florida Marlins) dalam pertembungan yang dikenali Citrus Series.Sehingga tahun 2022, rekod menang-kalah Rays secara keseluruhannya ialah 1,912–2,034.[8]

Rujukan

WikiPedia: Tampa Bay Rays http://mlb.mlb.com/content/printer_friendly/tb/y20... https://www.mlb.com/rays/news/rays-will-celebrate-... https://www.mlb.com/rays/history/uniforms-and-logo... https://www.baseball-reference.com/teams/TBD/ http://sports.espn.go.com/mlb/news/story?id=222730... http://bleacherreport.com/articles/1669110-is-red-... https://www.baseball-reference.com/teams/TBD/index... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Tampa_... http://rays.tampabay.com/ https://www.wikidata.org/wiki/Q650865#identifiers